Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri
Mekatronik menggabungkan ilmu dari empat bidang penting iaitu mekanikal, elektronik, elektrik, dan kawalan automasi. Dalam era Revolusi Industri 4.0, penyatuan ilmu ini adalah kritikal untuk memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang.
Kemajuan teknologi menuju automasi mendorong permintaan untuk tenaga kerja mekatronik yang berkualiti. Setiap sektor industri, dari pembuatan hingga perkhidmatan, memerlukan pakar mekatronik yang mahir dalam reka bentuk, pemeliharaan dan pengendalian sistem automasi.
Program ini meyiapkan anda dengan kemahiran untuk era Revolusi Industri 4.0. Anda akan memainkan peranan penting dalam merancang dan mengurus sistem pintar yang memberi impak besar kepada organisasi anda.
Program Mekatronik menekankan pada latihan praktikal yang komprehensif. Anda akan mempunyai peluang untuk bekerja di makmal berstate-of-the-art, merasai aplikasi teknologi terkini, dan memperkuatkan kecekapan kemahiran teknikal anda.
Sebagai graduan mekatronik, anda akan berada di garis hadapan memacu inovasi dan membentuk masa depan teknologi. Cabaran yang dihadapi adalah peluang untuk tumbuh dan berkembang dalam bidang yang semakin penting ini.
Program Mekatronik ini dibangunkan dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat industri terkemuka. Ini memberikan jaminan bahawa anda akan mempelajari kemahiran yang relevan dengan permintaan industri semasa.
Pada peringkat SKM Tahap 2 dan 3, penekanan akan diberikan kepada penguasaan kemahiran elektrik, elektronik, mekanikal, lukisan kejuruteraan, computer aided design (CAD), fabrikasi, sistem sensor, sistem hidraulik & pneumatik, motor AC & DC, stepper dan servo, PLC dan assembly sistem mekanik. Pelatih juga akan didedahkan kepada sistem penentukuran, sistem penyelenggaraan, pengaturcaraan, sistem kawalan, sistem robotik dan lain-lain.
Di peringkat Tahap 4 (DKM), pelatih akan didedahkan kepada rekabentuk sistem automasi, pengintegrasian sistem automasi, pemasangan serta pengujian sistem automasi, penyelenggaraan sistem automasi dan mengkoordinasi projek sistem automasi.
Tahap 4
Tahap 3
Tahap 2