Auto Prima College mempunyai pendirian tegas bagi memastikan bahawa individu dari pelbagai kumpulan sosioekonomi berpeluang untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi. Justeru, kami menyediakan bantuan kewangan seperti biasiswa dan pinjaman pendidikan untuk memastikan aksesibiliti pendidikan yang lebih luas.

Pinjaman PTPK

PTPK atau Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ialah agensi yang menawarkan pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang menyambung pengajian sama ada di institusi TVET awam atau swasta. Agensi ini merupakan agensi yang diperbadankan pada 1 Jun 2006 di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Akta 460).

Skim pembiayaan ini disediakan khusus kepada lepasan sekolah /belia yang ingin mengikuti program latihan kemahiran sama ada di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Pegawai kami sedia membimbing dan memberikan panduan dalam proses permohonan pinjaman pendidikan PTPK anda. Jumlah pinjaman pendidikan adalah bergantung kepada program pilihan anda. Semua program yang Auto Prima College tawarkan adalah dibawah akreditasi pihak JPK di mana jumlah yuran pengajian adalah mengikut ketetapan pihak PTPK sepenuhnya.

Elaun sara diri sebanyak RM400 hingga RM600 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang berjaya memohon. Elaun ini telah diteliti dan mampu untuk menampung kos tambahan seperti makan minum, asrama dan perbelanjaan keperluan harian yang perlu untuk keperluan pembelajaran yang selesa serta mengikut keadaan masa kini.

Kaedah Pembayaran Mudah Bagi Pelajar

Auto Prima College juga menyediakan kaedah pembayaran yuran yang fleksibel, terutamanya untuk ibu bapa/penjaga yang ingin membiayai sediri yuran pengajian dan tidak memilih bantuan pinjaman PTPK.
Sila hubungi pegawai kami untuk maklumat lanjut