Auto Prima College (681256-K) adalah sebuah kolej yang telah ditubuhkan sejak tahun 2004 di bawah pentauliahan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga telah menerima pengiktirafan sebagai Penyedia Latihan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Sejak penubuhannya, kami telah memberi latihan teknikal dan vokasional untuk pelajar lepasan PT3 / SPM dan telah berjaya melahirkan lebih daripada 12,000 graduan kompeten yang berkhidmat dalam pelbagai industri. Kami juga telah melatih lebih daripada 3900 pekerja dalam industri dan membina hubungan strategik dengan lebih daripada 250 syarikat dalam sektor automotif dan pembuatan atau pengeluaran.
Tambahan lagi, kami adalah kolej pertama di Malaysia yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menawarkan Program Diploma Teknologi Autotronik. Program ini juga telah memperolehi pengiktirafan akreditasi penuh yang pertama di Malaysia bagi Program Teknologi di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) & Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Kebanyakan pelajar kami berasal dari keluarga B40 dan M40, jesteru itu, Auto Prima College menawarkan bantuan berikut kepada pelajar kami
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP]
Program Latihan Kemahiran & Kerjaya
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
PERKASA TVET 1.0
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP]
Program Latihan Kemahiran & Kerjaya
MITRA
Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India
Majlis Agama Islam Melaka [MAIM]
Program Pembangunan Kemahiran & Kerjaya Mekatronik
BPTV, Kementerian Pendidikan Malaysia
Projek EPP 13 : Pelaksanaan Kolej Vokasional Dengan
Usaha Sama Awam-Swasta