Melahirkan graduan kompeten yang menyumbang kepada penambahbaikan berterusan dan memenuhi kehendak industri serta diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Menyediakan pendidikan berfokuskan industri bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran teknikal & insaniah yang relevan sebagai persediaan untuk bekerja.
Ini dapat dilakukan melalui penglibatan yang berterusan dengan pemain daripada setiap satu industri.
Menyediakan pendidikan yang terbaik dengan pensijilan kemahiran yang diiktiraf di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat atau konsep pembelajaran berterusan dalam kalangan pelajar.
Memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi kreatif, inovatif dan berdaya tahan dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran industri yang sentiasa berubah.