Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 3
Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik 3 Fasa
Sijil Kemahiran (SKM) Tahap 2
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik 1 Fasa
Bidang elektrik adalah sektor yang sentiasa berkembang pesat. Dalam era teknologi canggih ini, kebergantungan pada sistem elektrikal semakin meningkat dalam pelbagai industri. Dengan menyertai Program Elektrikal, anda akan menjadi pakar yang dibutuhkan dan dicari-cari oleh pasaran pekerjaan yang sentiasa tumbuh.
Program ini membawa anda ke dalam dunia penerokaan kemahiran elektrik yang luas. Anda akan mempelajari teori dan aplikasi elektrik, termasuk kawalan, pengendalian, serta sistem kuasa. Kemahiran ini amat berharga dan relevan dalam pelbagai sektor, dari pembuatan hingga tenaga.
Kami memberi penekanan pada latihan praktikal yang melibatkan projek-projek industri sebenar. Anda akan berpeluang untuk bekerjasama dengan syarikat dan industri setempat, memberi anda pandangan langsung tentang cabaran sebenar dunia elektrik.
Sebagai seorang juruelektrik berlesen, anda mempunyai peluang untuk membuka perniagaan sendiri. Anda boleh menjadi penyedia perkhidmatan elektrik yang berpengalaman dan dihormati dalam komuniti anda. Kepakaran anda dalam menyelesaikan masalah elektrik akan menjadi aset yang berharga untuk menarik pelanggan dan memajukan perniagaan anda.
Kami komited untuk membangunkan bakat terbaik anda. Dengan fasiliti yang canggih dan tenaga pengajar yang berpengalaman, kami memastikan anda mendapat pendidikan berkualiti tinggi untuk mengejar kejayaan dalam dunia elektrik.
Pada peringkat Tahap 2, kursus ini membolehkan pelatih mempelajari pendawaian satu fasa, pengujian, membaikpulih, penyelenggaraan, mengesan punca kerosakan dalam litar elektrik dan memahami Akta Bekalan Elektrik 447 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
Pada Peringkat Tahap 3, pelatih akan mempelajari pemasangan bekalan penyelenggaraan, pengujian dan membaikpulih litar elektrik yang melibatkan pendawaian bagi Sistem Tiga Fasa serta cara pengendalian penyeliaan projek. Kursus ini juga menyediakan Pensijilan Pendawai, PW2 sehingga PW4 dengan perakuan kekompetenan sebagai kelayakan tambahan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Manakala pada Tahap 4 (DKM) meliputi pemasangan voltan kabel overhead, papan suis utama dan sub-utama, set penjana (Generator), transformer, programmable logic controller (PLC) dan penyelenggaraan ventilation system. Pelatih akan membentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik menggunakan peralatan ujian, perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.