Auto Prima College (681256-K) adalah sebuah kolej yang telah ditubuhkan sejak tahun 2004 di bawah pentauliahan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga telah menerima  pengiktirafan sebagai Penyedia Latihan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Sejak penubuhannya, kami telah memberi latihan teknikal dan vokasional untuk pelajar lepasan PT3 / SPM dan telah berjaya melahirkan lebih daripada 12,000 graduan kompeten yang berkhidmat dalam pelbagai industri. Kami juga telah melatih lebih daripada 3900 pekerja dalam industri dan membina hubungan  strategik dengan lebih daripada 250 syarikat dalam sektor automotif dan pembuatan atau pengeluaran. 

Tambahan lagi, kami adalah kolej pertama di Malaysia yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menawarkan Program Diploma Teknologi Autotronik. Program ini juga telah memperolehi pengiktirafan akreditasi penuh yang pertama di Malaysia bagi Program Teknologi di bawah Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) & Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Siapa yang kami latih ?

Pelajar lepasan PT3/PMR/SPM/ STPM/ SKM Level 3

Pekerja yang berpengalaman & memerlukan pengiktirafan (sijil)

Pemain industri yang ingin memberikan latihan dan meningkatkan kemahiran pekerja mereka

Pelajar yang keciciran & mempunyai minat dalam bidang kemahiran

Pekerja yang ingin meningkatkan kemahiran & pengetahuan sedia ada

Bantuan untuk Pelajar Kami

Kebanyakan pelajar kami berasal dari keluarga B40 dan M40, jesteru itu, Auto Prima College menawarkan bantuan berikut kepada pelajar kami

Projek Bersama Agensi Kerajaan  (2019 - 2023)

Agama

Persijilan Automotif Badan Profesional

IMI-UK Level 2, Diploma in Light Vehicle Maintenance & Repair (INT-LV2-D), 2022

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP]
Program Latihan Kemahiran & Kerjaya

tabung

Persijilan Modular (Part-Time)

Engine Service Air-Cond & Wheel Alignment, 2022

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
PERKASA TVET 1.0

Agama

Persijilan Automotif Badan Profesional

Persijilan SKM Mekatronik Tahap 2 Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri, 2021

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan [MAIWP]
Program Latihan Kemahiran & Kerjaya

MITRA

Persijilan Automotif Badan Profesional

IMI-UK Level 2, Diploma in Light Vehicle Maintenance & Repair (INT-LV2-D), 2019

MITRA
Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India

Agama

Persijilan SKM Mekatronik Tahap 2

Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri, 2017

Majlis Agama Islam Melaka [MAIM]
Program Pembangunan Kemahiran & Kerjaya Mekatronik

KP

Triple Certification

Diploma Vokasional Malaysia, Diploma Teknologi Automotif & Diploma IMI, 2017

BPTV, Kementerian Pendidikan Malaysia
Projek EPP 13 : Pelaksanaan Kolej Vokasional Dengan
Usaha Sama Awam-Swasta