Diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Ahli Teknologi Elektrikal
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
Servis Diagnostik - Kenderaan Ringan
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Perkhidmatan Pembaikan - Kenderaan Ringan
Dalam era teknologi terkini, industri kenderaan mengalami perubahan besar menuju kenderaan elektrik dan bersepadu. Sebagai graduan Program Automotif, anda akan berada di barisan hadapan menerokai dan menerajui cabaran inovasi ini.
Dengan berkembangnya industri kenderaan di negara kita, permintaan untuk pakar automotif semakin meningkat. Pelbagai sektor seperti pembuatan, jualan, dan perkhidmatan memerlukan kepakaran anda dalam merekabentuk, membaiki, dan mengurus sistem kenderaan.
Graduan Program Automotif tidak hanya diiktiraf di dalam negara, tetapi juga di peringkat global. Pekerjaan dalam bidang ini memberi anda peluang untuk bekerja di pelbagai syarikat automotif di seluruh dunia.
Program ini memberi tumpuan kepada latihan teknikal dan praktikal yang memastikan anda mahir dalam menggunakan peralatan dan teknologi terkini dalam industri automotif.
Selain kemahiran teknikal, Program Automotif juga menitikberatkan aspek kemahiran sosial dan kepimpinan. Ini membantu melengkapkan anda dengan kebolehan untuk bekerjasama dalam pasukan dan menjadi pemimpin dalam bidang automotif.
Program Automotif ini dibangunkan dengan kerjasama dan panduan daripada pakar-pakar industri automotif. Ini memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pembelajaran yang relevan dengan keperluan industri semasa.
Pada peringat SKM Tahap 2 dan 3, pelatih akan didedahkan dengan kemahiran membaik pulih, servis, menyelenggara dan mendiagnosis kenderaan. Manakala di peringkat Tahap 4 (DKM), program ini akan merangkumi pembangunan dan sistem modifikasi elektrik, elektronik dan mekanikal serta pematuhan 5s di tempat kerja. Melalui program ini pelatih akan dapat menambah pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang elektrik automotif selaras dengan perkembangan industri.