PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM)

01
  • Kebanyakan Sistem Automotif pada masa kini dikawal selia secara Elektronik melalui Proses Diagnostik Berkomputer
  • Sistem ini hanya boleh dikendalikan dengan bantuan Alat Imbasan Khas (Scan Tool)
02
  • Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Autotronik, ini dibangunkan bagi memenuhi kekurangan Juruteknik Diagnostik yang berkemahiran dalam menggunakan Alat Imbasan Khas (Scan Tool) serta berpengetahuan dalam Bidang Elektronik dan Mekatronik bagi kenderaan yang berteknologi tinggi
03
  • Program Diploma ini diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Tempoh Program adalah selama 4 tahun 3 bulan dan ia dijalankan mengikut Sistem Semester
  • Pelatih akan menjalani Latihan (On Job Training – OJT) selama 3 bulan sebagai persediaan sebelum menghadapi alam pekerjaan sebenar
04
    Stuktur & Pelaksanaan Program DVM ini adalah seperti berikut:

  • a) Modul Vokasional /Teknikal merangkumi Subjek Automotif dan Autotronik
  • b) Modul Akademik merangkumi Subjek Teras
  • c) Modul Insaniah dan Korohanian
05
  • Yuran Pengajian, Asrama dan Makanan DITAJA PENUH oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

vokasional

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DI INSTITUSI LATIHAN KOLEJ SWASTA (ILKS)

PENGENALAN DVM

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui insiatif Transfomasi Pendidikan Vokasional telah memperluaskan program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) secara kolaborasi dengan Institut Pendidikan Swasta. Matlamat utama transfomasi ini adalah untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang berpotensi untuk menjana pendapatan tinggi seperti yang dihasratkan oleh Negara dalam Wawasan 2020.

Bagi tahun permulaan, iaitu Pengambilan Januari 2017 AUTO PRIMA COLLEGE menawarkan satu kursus untuk program Diploma Vokasional Malaysia iaitu Autotronik. Tempoh pengajian Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) adalah selama 4 tahun 3 bulan. Sistem pengajian yang digunakan adalah sistem semester di mana murid akan mengikuti empat (4) semester program pra-diploma dikikuti empat (4) semster program diploma. Selepas tamat lapan (8) semester, murid akan menjalani latihan industri (On-Job Trainning) selama tiga (3) bulan sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan.

Nisbah pengajaran dan pembelajaran bagi modul akademik kepada modul vokasional ialah 30:70 bagi Pra-Diploma dan 20:80 bagi Program Diploma. Ini bagi membolehkan murid lebih fokus terhadap kursus vokasional yang dipilih daripada aspek teori dan praktikal. Mata pelajaran akademik terdiri daripada :

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Kesihatan
  • Bahasa Perniagaan / Antarabangsa

PENGENALAN AUTOTRONIK

Kejuruteraan automotif berubah dengan pantas, dengan 90% daripada inovasi terbaru ialah dalam bidang elektronik dan perisian automotif. Sebuah kereta moden hari ini mungkin mempunyai sehingga 40 unit kawalan elektronik (Electronic Control Unit) dan kenderaan perdagangan capai sehingga 20 unit.

  • Autotronik adalah kemahiran teknikal baru yang terdiri daripada gabungan;
  • Elektronik Automotif
  • Electrikal Automotif
  • Kejuruteraan Automotif
  • Kejuruteraan Komunikasi – (Can Bus)
  • Kejuruteraan Komputer Automotif

Autotronik juga dikenali sebagai “Automotif Mekatronik”. Sesiapa yang mahu menjadi seorang juruteknik automotif perlu belajar kursus ini, kerana hampir semua sistem hari ini menggunakan sistem berkomputer.

Sebahagian daripada sistem sistem ini (bukan semua) termasuk:

  • Electronic Battery Control
  • Electrical Power Steering (EPS)
  • Sensotronic Brake Control (SBC)
  • Electronic Suspension System
  • Electronic Engine Control
  • Drive Authorization System (DAS)
  • Zone Climate Control
  • Electronic Door Control
  • System Diagnosis Computer
  • Electronic Stability Program (ESP)
  • Fiber Optic Bus System
  • Controller Area Network (CAN BUS)

Beberapa alat yang digunakan untuk perkakasan dan pembaikan perisian adalah seperti berikut;

  • Diagnosis System Set
  • Oscilloscope Scanner Unite Set
  • Scan Unit Set

Dengan sistem pengurusan automotif menjadi semakin kompleks, kemahiran dalam autotronik akan membantu juruteknik untuk menggunakan dan mengakses papan litar sistem komputer, mendiagnosis dan membetulkan kesalahan dengan tepat dalam masa yang cekap dan kos efektif. Mereka ini  dipanggil juruteknik diagnostik.

Di samping itu, hari ini dalam persekitaran kerja yang mencabar dan persaingan yang lebih sengit dalam industri automotif memerlukan juruteknik yang akan dilengkapi dengan kemahiran untuk meningkatkan taraf pekerjaan dan mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

Di belakang setiap pengeluaran kenderaan baru, anda akan menjumpai penggunaan teknologi baru dalam elektronik dan perisian alat juga teknik diagnostik. Kenderaan sekarang dipasangkan dengan bayak sistem autotronik. Sebagai pelanggan, permintaan untuk pengubahsuaian peribadi, pengalaman pemanduan yang selamat dan ekonomi, latihan, latihan semula dan penguasaan dalam bidang autotronik adalah yang sewajarnya diambil bagi berdayasaing dalam industri pembaikan automotif.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

Syarat umum bagi mengikuti Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ialah : 

  • Calon warganegara Malaysia
  • Calon telah menduduki PT3 pada tahun 2016
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon bebas daripada sakit kronik
  • Calon tidak rabun warna / buta warna
  • Calon berminat dengan bidang dipohon
  • Memperoleh minimum sekurang-kurangnya Gred D dalam mata pelajaran berikut :
  • Bahasa Melayu
  • Kemahiran Hidup
  • Memperoleh minimum sekurang-kurangnya Band 3 dalam mata pelajaran berikut :
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah – PS)

SIJIL YANG DIPEROLEH

Pelajar akan dianugerahkan sijil tambahan :

  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dari Kementerian Sumber Manusia
  • Diploma in Vehicle Maintenance and Repair (Light Vehicle), dari Institute of The Motor Industry (IMI), United Kingdom

PELUANG PEKERJAAN

Selepas mengikuti program ini, pelatih – pelatih boleh menceburi alam pekerjaan sebagai :

  • Pakar Teknikal Automotif / Autotronik
  • Pengurus Pusat Servis Kenderaan
  • Penasihat Pusat Servis Kenderaan
  • Eksekutif Pengurusan Alat Ganti Kenderaan
  • Juruteknik Automotif / Autotronik
  • Juruteknik Servis Kenderaan
  • Wakil Servis Selepas Jualan

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Graduan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.

PERMOHONAN ONLINE

https://sptv.moe.gov.my

PANDUAN MENGISI PERMOHONAN

https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/perdana/Panduan_Permohonan_SPTV_PERDANA.pdf

CARTA ALIR PERMOHONAN ONLINE

https://sptv.moe.gov.my/mohon_kvsmt/perdana/carta_perdana.pdf

TARIKH PERMOHONAN = 11/10/2016 – 20/12/2016

TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN = 19/1/2017 – 24/1/2017

TARIKH TEMUDUGA = 03/1/2017 – 18/1/2017

TARIKH PENDAFTARAN RASMI KOLEJ VOKASIONAL = 25/1/2017

TARIKH RAYUAN PERMOHONAN = 26/1/2017 – 28/2/2017

MAKLUMAT LANJUT

AUTO PRIMA COLLEGE
(BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR)
NO 23, JALAN KEMUNING PRIMA B 33/B, KEMUNING UTAMA,
40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : +603-51217153 / 3441 / 012-6888445 / 011-33082054
FAX : +603-51211691